Saturday, October 24, 2009

Kursus LDP SK Batu Tiga

 

 

Kursus Dalam Perkhidmatan telah diberikan kepada 58 orang guru SK Batu Tiga yang ditaklimatkan oleh En Ismail B Yon, guru-guru telah di dedahkan peranan Pusat Sumber Sekolah terhadap sekolah dan warganya dan peranan guru-guru dan panitia terhadap Pusat Sumber Sekolah. Adalah diharapkan dengan pendedahan ini guru-guru akan bersama membangunkan pusat sumber sekolah SK Batu Tiga. Disamping itu guru-guru juga didedahkan dengan kemahiran menggunakan internet. muat turun gambar, video, muzik dan mencari bahan pengajaran dan pembelajaran bagi semua matapelajaran sekolah rendah. Guru-guru juga didedahkan kaedah-kaedah penggunan internet yang selamat dan berkesan. Diharapkan dengan terlaksananya kursus ini, guru-guru dapat mengamalkan segala kemahiran yang diperolehi khusus untuk meningkatkan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah. Sesungguhnya penggunaan ICT adalah dituntut untuk memberikan kaedah baru yang bukan lagi berdasarkan chalk and talk.

No comments:

Post a Comment