Wednesday, January 1, 2014


Dibuka pada setiap hari KECUALI HARI AHAD

Waktu Operasi :
Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 6.00 petang
Sabtu : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari

Wednesday, October 5, 2011

Perlantikan Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 1

Perlantikan Guru Besar SK Tenggaroh 1. Perlantikan ini berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2011.
Puan Hajah Norsiah bt. Idris
Guru Penolong Kanan 1 SK Batu 3, Kluang, di lantik sebagai Guru Besar SK Tenggaroh 1, Mersing
Warga Sekolah mengalu-alukan kehadiran Puan Hajah dan mengucapkan tahniah dan syabas di atas perlantikan dan pertukaran ini. Semoga dengan pertukaran dan perlantikan ini dapat menyumbang impak yang besar kepada kejayaan dan menjulang “Mersing Hebat” seterusnya memberikan impak kepada SK LKTP Tenggaroh 01.

Sumber : http://sktenggaroh1.wordpress.com/2011/10/

Wednesday, June 2, 2010

Lawatan Ke Sekolah Rakan GB

 

 
1 Jun 2010

Lawatan Rakan GB. Sekolah terlibat ialah SK Batu 3, SK Ladang Bukit Benut & SK Ladang Tereh.

Saturday, October 24, 2009

Kursus LDP SK Batu Tiga

 

 

Kursus Dalam Perkhidmatan telah diberikan kepada 58 orang guru SK Batu Tiga yang ditaklimatkan oleh En Ismail B Yon, guru-guru telah di dedahkan peranan Pusat Sumber Sekolah terhadap sekolah dan warganya dan peranan guru-guru dan panitia terhadap Pusat Sumber Sekolah. Adalah diharapkan dengan pendedahan ini guru-guru akan bersama membangunkan pusat sumber sekolah SK Batu Tiga. Disamping itu guru-guru juga didedahkan dengan kemahiran menggunakan internet. muat turun gambar, video, muzik dan mencari bahan pengajaran dan pembelajaran bagi semua matapelajaran sekolah rendah. Guru-guru juga didedahkan kaedah-kaedah penggunan internet yang selamat dan berkesan. Diharapkan dengan terlaksananya kursus ini, guru-guru dapat mengamalkan segala kemahiran yang diperolehi khusus untuk meningkatkan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah. Sesungguhnya penggunaan ICT adalah dituntut untuk memberikan kaedah baru yang bukan lagi berdasarkan chalk and talk.